Wednesday, March 9, 2011

mmm..alhamdulillah...
CITA-CITA  saya untuk membekalkan TEPUNG KAYABALL RESEPI ISTIMEWA Jenama MAMA KAYABALL ni dah 70% berhasil...sampai sekarang ada lebih 20 pelanggan yg berlanggan tetap dengan saya.ALhamdulillah....
Harga tepung bagi 1 kilo adalah RM 7 bagi pelanggan yang datang sendiri mengambil tempahan...
RM 6.50...bagi PELANGGAN YANG MEMBUAT TEMPAHAN MELALUI KIRIMAN (kos penghantaran caj lain..dikira begini bagi tempahan 30kilo..caj penghantaran adalah RM30...50kilo keatas dikira RM10 sahaja kos penghantaran) Saya menggunakan BAS EKSPRESS supaya sampai terus tanpa transit dimana2......bagaimanapun HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM
Pesanan adalah 30kilo keatas(3 kotak) kalau sikit sangat kos penghantaran lagi mahal..apa citer...?
BAGI PELANGGAN YANG MENGAMBIL "STARTING PACK" dari saya..TEMPAHAN TEPUNG ulangan diberi HARGA ISTIMEWA...
HARGA STARTING PACK 
PAKEJ 1RM3500
(SESUAI UNTUK PERNIAGAAN MESIN MENGGUNAKAN GAS)
cadangan lokasi: Pasar Malam,Kantin Sekolah,Kantin Kilang,Gerai Depan Rumah,Pasar Tani,Ekspo,Hari Sukan,Selagi ada Event atau Function semua sesuai
ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN :

  • 1 UNIT MESIN STAINLESS STEEL HEAVYDUTY EASY HANDLING (GAS)
  • 20KILO TEPUNG KAYABALL 
  • 5KILO KAYA
  • LATIHAN A TO Z DILOKASI BAGI JARAK TIDAK LEBIH 200KM DARI IPOH.(jika jarak lebih 200km,DISPENSER tidak dibekalkan)
  • DISPENSER BERHARGA RM100 PERCUMA UNTUK PELANGGAN YANG TIDAK MEMERLUKAN LATIHAN((jika latihan diperlukan DIPENSER adalah RM100)
  • PERALATAN SEPERTI 300 KEPING BEG KERTAS,PENGEPIT,SCRAPPER,LIGHTER DAN BESI PENCUNGKIL DIBERI PERCUMA
PAKEJ 2 RM4000 
( SESUAI UNTUK PERNIAGAAN MESIN MENGGUNAKAN ELEKTRIK)
cadangan lokasi : Pasar Raya, Kompleks Kerajaan dan yang berhawa dingin.
ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN :
  • 1 UNIT MESIN STAINLESS STEEL HEAVYDUTY DENGAN TIMER. (ELEKTRIK)
  • 20KILO TEPUNG KAYABALL
  • 5KILO KAYA
  • LATIHAN A TO Z DILOKASI BAGI JARAK TIDAK LEBIH 200KM DARI IPOH (jika jarak melebihi 200km,DISPENSER tidak termasuk harga pakej)
  • DISPENSER BERHARGA RM100 PERCUMA UNTUK PELANGGAN YANG TIDAK MEMERLUKAN LATIHAN .(jika memerlukan latihan,DISPENSER adalah RM100)
  • PERLATAN SEPERTI 300 KEPING BEG KERTAS,PENGEPIT,SCRAPPER,LIGHTER DAN BESI PENGCUNKIL DIBERI PERCUMA
  • UBAHSUAI PLUG PADA MESIN PERCUMA (TUKAR PLUG 13A KE 15A)
Jika Berminat atau Pertanyaan boleh hubungi Nombor Saya Ini : 016-5403435 
( Bebila je..) ARIE 
PEMBAYARAN ADALAH MELALUI AKAUN MAYBANK 108029541326 AZAHARI INDUT (RM 2000 SEMASA SETUJU DAN SELEBIHNYA SEWAKTU BARANG DAN SAYA SAMPAI DILOKASI ANDA)
Penghantaran barang2 adalah 7 (TUJUH) hari dari TARIKH PEMBAYARAN SETUJU
 .....abaikan mesej ini jika anda tidak berminat tetapi bincangkanlah dengan kawan jika anda tertanya-tanya dan hubungilah kami....TQ



Thursday, March 3, 2011

asalamualaikum kepada semua yang menjengah kesini...
tahun berganti tahun..kejap je rasanya dah masuk bulam mac...bunyi bunga api sambut tahun baru hari tu pun macm masih kedengaran lagi..tapi dah dua bulan umurnya 2011 ni....kalau ada rancangan nak dibuat..elok le mula dari sekarang..sebab masa terlalu pantas...kalau nak tunggu bulan doblas...dari sekarang le perancangannya...kalau tak alamatnya..sedar2 dah masuk 2012....perubahan tak juga dilakukan....(mukadimah je ni...he..hee..)

sebabbbbbbbb...kalau kita yang makan gaji (atau gaji makan)...dapat je gaji habis bayar itu ini...nak belanja lagi..tunggu le gaji seterusnya...dari pengalaman itu..saya dan isteri berjinak2 dengan perniagaan kerana bila kita berniaga...duit hari2 ada...paling teruk pun sepuluh ringgit mesti ada lah...bleh gak makan atau isi minyak...tapi jgn sampai modal abis,produk abis dan kutipan pun abis dah la...itu bukan berniaga namanya..itu berinaga...

pendekkan cerita...bisnes yg nampaknya semakin baik ni(alhamdulillah) adalah bisnes kayaball yang saya buat ni..(bukan bisnes lain x bagus..) tapi saya adalah PENGUSAHAKAYABALL...urusannya mudah...nak kata modal mahal sangat ..tak jugak..cuma mesin dia 2k keatas la...(tapi heavyduty)...yg lelain tu..sangat mudah diperolehi....

Berkat dari dorongan pelanggan dan kengkawan juga keluarga...Kami kini membekalkan Pakej Perniagaan Kayaball bagi bakal2 peniaga yang berminat dan berusaha.sehingga ke tarikh hari ini...Pelanggan yang mengambil pakej ini ada la dalam sepuluh orang(10)...memang angka nya kecil..tetapi rangkaian itu yang perlu...disamping cawangan yang saya miliki sendiri ada 5 cawangan....operasi terbaru kami adalah dipasar2 malam yang berdekatan...Kalau tuan2 pernah dengar istilah Jutawan Senyap ..ya disinilah golongan ini direkrutkan....cuba anda bayangkan...dengan produk yang baik,kos modal yang murah,dan teknik menarik pelnggan yg baik...kutipan satu malam boleh mencecah kasar RM1000...(seribu ringgit tuan2..) setelah ditolak modal dalam purata Rm200 (bersih tak kurang dari rm800...SEHARI)...memang bukan hari2..tetapi..itulah pasaran di pasar malam..(dimana orang ramai berbelanja sambil menderma kepada peniaga..)...kerana bila dipasar malam...kita akan rambang mata dengan pelbagai barangan...dan selalunya orangramai akan kepasar malam..sebelum makan malam..disinilah kekauatan pasar malam..kerana kekadang ada barang yg kita beli bukannya perlu sangat..tetapi kita seronok berbelanja dipasar malam...apatah lagi makanan..huhhh..tulis pun tak guna lahhh...yang penting kalau berniaga kayaball dipasar malam..memang sanga sangat sangat berbaloi...

Sunday, November 21, 2010

asaaalamualaikum semua...
apa kabar kita..??
Cuti sekolah dah bermula...
raya Haji dah berlalu....
Persediaan untuk permulaan sekolah 2011...telah bermula....Cuti sekolah sekarang tak lama...
sekejap je rasanya..tup2 dah nak sekolah balik....Pasaraya2 mula sibuk dengan pelbagai promosi "Kembali ke Sekolah" walaupun cuti baru mula...ibu bapa..nampaknya sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan...Baju baru,seluar baru,kasut,beg,alatulis,buku dan mcm2 lagi....
yg lama yg masih boleh pakai..pujuk2 le anak pakai semula...(kalau boleh pujuk leerr...he..hee)
tapi..kalau yg baru nak masuk Tahun Satu tu...mmmm...kalau boleh semua nak baru....Haduhhh...
Isu pentingnye......DUIT.....Orang Gomen..dapat la tambahan RM500..bulan depan...yg swasta..kalau bonus lebat..seronok laa...tapi bagi yang dapat BONUS soya bean je...minum je laa..he..hee

Sebagai peniaga...Alhamdulillah..kesempatan begini..memang ditunggu2...lagi ramai org sibuk di pasaraya..lagi syok..he..hee

Tuesday, November 16, 2010


asalamualaikum....
cuti sekolah kini bermula...esok Hari Raya Aidil Adha....camana dengan KIOSK KAYABALL saya...??
woww...tak menang tangan...(bukan riak..) tapi mungkin kerana KUALITI yang dikawal,menjadikan KAYABALL kami lain dari yang lain..(rezeki dari ALLAH juga..)

Alhamdulillah. bila musim cuti atau musim perayaan..Pasaraya Giant Ipoh,memang sibuk,kerana lokasinya berhampiran tempat2 yg menarik seperti LOST WORLD of TAMBUN,Kediaman Masterskill,The Banjaran (hotspring), Taman Perumahan yang besar,Kem PGA, Air Terjun ULU KINTA, dan macam2 lagi...ini menyebabkan suasana disini sibuk dari biasa...

Berniaga..??? apa lagi yang diharapkan oleh seorang peniaga..selain dari kesibukan manusia disekitar lokasi perniagaannya..betul tak..?? selain kesibukan...apa lagi...?? (kalau org ramai je..tp x singgah atau beli ..x jadi juga..he..hee..)ya..betul...PRODUK....produk la yg memainkan peranan penting didalam perniagaan..tanpa produk yg baik dan BERKUALITI ..x jadi sesuatu perniagaan itu...
Disinilah kekuatan KAYABALL kami...(InsYAllah)...BAHAN BANCUHAN YANG MURAH dan MUDAH...menjadikan KAYABALL kami LEMBUT,LICIN,LEMAK dan MANIS..mmm..melecur airliur dibuatnye....Harga berpatutan..murah dari lain2 lokasi...
RM2 untuk 10 biji...
Bagi tempahan melebihi seratus biji..10 biji PERCUMA....
Tempahan aadalah melaui telefon 0165403435,055484709
atau emel arie4009@yahoo.com.my

Monday, November 15, 2010


ALLHAMDULILLAH...
hari nie genap 3 tahun..bisnes KAYABALL..nie berjalan...mmmm...mungkin agak retorik..tapi..berkat usaha isteri..Berniaga KAYABALL..rupanya..memang boleh KAYA....mungkin relevan dengan produk yg dijual..he..hee..

Aku yang cuma berkelulusan SPM..hari ni...pendapatan boleh mencecah 5 angka..hampir sama ngan gaji para eksekutif....99% dari rezeki itu adalah dari perniagaan...

Minggu depan..aku akan buka sebuah KIOSK lagi..di GIANT TAIPING...dan Tahun depan ke Giant Teluk Intan..buat masa ni..memang pasaraya giant ni la..yg aku follow..

bila ada masa..kekadang aku bukak di Ekspo2 yang selalu dijalankan di sekitar Ipoh dan yang dekat2 je..(maklumla..kot tak terkejo yop..he..hee..)

Ramai juga yang bertanyakan TENTANG BISNES ini...(percayalah...bisnes ini..memang dimonopoli oleh cayanunalip...) kekadang kita musykil dengan bahan yang dibancuh oleh Peniaga yang ini...memangla bukan dia yang buat..(kat lokasi..) tapi..darimana bahan tu datang...sapa yang tahu...

TETAPI KAYABALL KAMI...Dari Bahan Bancuhan,Kaya dan Telur adalah DIJAMIN mengikut HUKUM dan KEBERSIHAN...kerana tepung dibeli dari pasaraya (ada cop HALAL),Kaya (buatan IKS),Telur (dibeli dari ladang..dan DIBASUH..sebelum digunakan..) Bagi aku..segala kriteria ini..sudah cukup untuk menghilangkan keraguan makanan ini...
Kalau ada pilihan sebegini( PERNIAGAAN DARI BUMIPUTERA) kenapa kita masih nak cari dari tempat lain...??? Betul tak..??

Kini aku dalam proses..untuk mengedarkan TEPUNG BANCUHAN SEGERA KAYABALL..bagi para peniaga KAYABALL dan penggemar kayaball seluruh Malaysia..Kelebihan PRODUK ini..adalah lebih murah..berbanding tepung khas Kayaball...Jadi untuk para peniaga...apa yang diimpikan..dari sebuah perniagaan...UNTUNG BUKAN..??
Definisi Untung..adalah...SESUATU PULANGAN YANG MELEBIHI JUMLAHNYA...BERBANDING MODAL...jadi disinilah peranan TEPUNG BANCUHAN SEGERA KAYABALL ini....

cuba kita pikirkan begini...
_cara membuat adalah sama disemua kedai
..bancuh,bakar,bungkus...
..dimana keuntungannya,,,??
_tetapi..dengan adanya TEPUNG BANCUHAN SEGERA KAYABALL ini...MODAL untuk bancuhan itu...70% lebih murah berbanding Tepung khas...inilah rahsianya...
Tak semua tepung sama...


Wednesday, May 27, 2009

memang menyelerakan.............
Permintaan untuk makanan santai ini semakin menggalakkan, mungkin kerana resepi rahsia yang berbeza dari buatan pengusaha lain menjadikan kayaball kami ini..disukai ramai...dalam perancangan untuk melabelkan KAYABALL ini dengan nama KAYABALL MAMA